Puteri Farhana bukan sekadar 'jual muka' - Utusan Malaysia

Puteri Farhana bukan sekadar ‘jual muka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Berjaya menarik perhatian netizen ketika mengumumkan akan bertanding jawatan Exco Puteri UMNO dua minggu lalu, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani, 27, tidak mahu dikenali hanya kerana paras wajah jelita semata-mata.

Sebaliknya, pemegang Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu mahu mempertaruhkan pengalaman luasnya sebagai aktivis masyarakat untuk membawa kepelbagaian dalam kepemimpinan Puteri UMNO sekiranya diberi mandat dalam pemilihan yang akan berlangsung Sabtu ini.

“Persepsi yang terlalu negatif terhadap UMNO pada hari ini hanya mampu ditangani melalui khidmat bakti yang telus dan ikhlas melalui kaedah serta pendekatan baharu yang mampu memenuhi keperluan segenap masyarakat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin melalui pengalaman luas sebagai aktivis autisme yang giat menyebarkan kesedaran berkenaan penyakit ini selama ini, saya mampu membawa kepelbagaian dalam kepemimpinan Puteri UMNO dan menjana perubahan dalam kepemimpinan sayap tersebut,” katanya dalam sebuah kenyataan, di sini hari ini.

Selain Exco Puteri UMNO, Farhana turut menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO Kuala Kangsar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini