Pulau Pinang kemuka dua calon Majlis Tertinggi UMNO - Utusan Malaysia

Pulau Pinang kemuka dua calon Majlis Tertinggi UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS – UMNO Pulau Pinang akan mengemukakan dua pencalonan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu sempena pemilihan UMNO hujung bulan ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau akan mempertahankan jawatan itu dan selain beliau, turut dicalonkan ialah Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Ir. Shaikh Hussein Mydin.

“Kita (UMNO Pulau Pinang) hanya tampil  dua calon daripada golongan muda iaitu masing-masing  berusia bawah 50 tahun untuk jawatan MT,”  katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihadiri oleh lebih 5,000 pengunjung di Wisma UMNO di sini hari ini.

Beliau berkata, pencalonan ini adalah bagi penuhi syarat parti yang mahukan orang muda untuk jawatan MT bagi penggal 2018-2021.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pemilihan pengerusi baharu bagi menggantikan penyandang ketika ini, Datuk Seri Zainal Abidin Osman hanya akan dibuat selepas pemilihan UMNO berlangsung. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN