SEREMBAN – Sejumlah 213 ekor lembu disediakan sepanjang Program Mantai Perdana di Negeri Sembilan pada tahun ini. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, jumlah itu melibatkan 70 tan daging lembu bagi menampung keperluan masyarakat di negeri ini membuat persiapan juadah sempena Aidilfitri yang dijangka akan disambut pada Jumaat ini. “Memang kita tidak sediakan semua bekalan lembu tetapi sekurang-kurangnya kita telah menyediakan satu program iaitu Pantai Perdana, itu yang kita tahu di…










