PRINSIP kedaulatan undang-undang atau rule of law menjadi perhatian ramai apabila Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad menekankan prinsip ini dalam menerajui Malaysia baharu. Kedaulatan undang-undang adalah falsafah negara yang penting, berada pada kedudukan keempat dalam Rukun Negara Malaysia selepas Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara dan Keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan undang-undang membawa prinsip bahawa semua orang dan institusi tertakluk dan bertanggungjawab kepada undang-undang yang sedang berkuatkuasa.…









