SHAH ALAM 8 Jun – Polis Selangor akan memberi tumpuan kepada 63 ‘blackspot’ yang dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlakunya kemalangan dalam Op Selamat Aidilfitri tahun ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shari’at berkata antara lokasi itu ialah Lebuhraya Duke, Lebuhraya MEX, Jalan Sungai Buloh-Jalan Kuala Selangor, Lebuhraya Guthrie dan Lebuhraya Selat Klang Utara. ”Kita kategorikan beberapa lokasi itu sebagai ‘blackspot’ kerana kebanyakan kes kemalangan berlaku…










