Polis Seberang Perai Utara rampas ganja bernilai  RM32,550 - Utusan Malaysia

Polis Seberang Perai Utara rampas ganja bernilai  RM32,550

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Polis daerah Seberang Perai Utara menumpaskan satu sindiket mengedar dadah selepas menahan seorang lelaki bersama sejumlah ketulan mampat dipercayai ganja di Jalan Permatang Kuala, Penaga, Kepala Batas di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang itu, suspek berusia 43 tahun ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta jenis Volkswagen.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil serbuan itu, pihaknya merampas dadah jenis ganja bernilai RM32,550 yang ditemui di dalam kereta dan ketika serbuan berasingan di sebuah rumah di Sungai Puyu, Butterworth.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut telah menjumpai satu beg plastik berzip bertulis ‘Tic Tin Cat’ yang di dalamnya terdapat dua bungkusan plastik merah yang setiap satu plastik itu berisi lima ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja seberat kira-kira 10.6 kilogram (kg).

“Kemudiannya, dengan dipandu arah oleh suspek, serbuan kedua telah dijalankan di sebuah rumah di Taman Seri Pinang, Sungai Puyu dan menemui tiga plastik merah di dalam sebuah bilik yang setiap satu mengandungi satu ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja (2.423 kg),” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, siasatan pihaknya percaya dadah terbabit adalah untuk dijual di sekitar kawasan SPU.

“Siasatan lanjut turut mendapati suspek positif dadah jenis THC,” katanya.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini