AUCKLAND 21 Jun – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital di sini hari ini, menjadikan beliau pemimpin dunia yang kedua melahirkan bayi semasa dalam pentadbiran.
Melalui kenyataannya, Ardern, 37, berkata, beliau dan anaknya sihat.
“Saya pasti semua ibu melalui emosi yang sama sepanjang menghadapi situasi ini namun pada masa yang sama saya merasa gembira dengan ucapan daripada semua pihak. Terima kasih,’’ katanya. – AFP










