JOHOR BAHRU 2 Jun – Janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari sememangnya sudah dijangka tidak dapat dilaksanakan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai contoh, bercakap mengenai hutang negara yang dikatakan RM1 trilion dan apabila pasaran mula tunjukkan ketidakyakinan kepada negara, perkara itu diperbetulkan.
Menyentuh soal PTPTN pula, katanya, walau kerajaan tidak berhutang begitu, semasa beliau menjadi Menteri Pengajian Tinggi, untuk menghapuskan pinjaman itu memang tidak boleh dilakukan kerana pendekatan di Malaysia pinjaman diberi bukan sahaja untuk membayar yuran tetapi juga bantu pinjaman untuk bayar kos hidup bulanan mereka.
“Justeru, bagi BN kita memang dah jangkakan dan sekarang ini kita faham rakyat hari ini oleh kerana tahap penolakan terhadap pemimpin BN terlalu tinggi…mereka tidak dapat memberi dan menilai dengan seimbang…takpe takde masalah
“Tapi kita sebagai parti poltik yang sekarang ini pembangkang, kita adalah pembangkang yang akan mainkan peranan check and balance, kita mahu jadi pembangkang yang berwibawa. Jadi, kalau kita tak suka cakap, kita kena cakap juga, soal pembatalan HSR, soal berkaitan Pulau Batu Putih dan macam mana rakyat kena tipu.
“Jadi, mula-mula mereka takutkan rakyat…hutang RM1 trilion, kemudian diwujudkan tabung nak tunjukkan seolah-olah negara ini dah makin susah tapi sebenarnya tidak dan kita pun tahu bila dia kata dia nak hapuskan GST kita tahu bahawa itu semua tidak boleh nak laksana kerana kurangya mereka dapat kutip sumber,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan Desa Perwira di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE










