Perdana Menteri hadir mesyuarat di Kementerian Kewangan hari ini - Utusan Malaysia

Perdana Menteri hadir mesyuarat di Kementerian Kewangan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Kementerian Kewangan kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dijadualkan pada pukul 10 pagi. 

Difahamkan, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri turut dipanggil untuk menyertai mesyuarat tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pihak media tidak diberitahu agenda mesyuarat tersebut. 

Ini merupakan lawatan pertama Perdana Menteri ke kementerian berkenaan selepas Kabinet dibentuk pada 21 Mei lalu. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini