KETIKA menyampaikan ucapan pada 25 Mei 1970 di Malaysia Hall, London, United Kingdom, Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Usman Awang membicarakan tentang peranan intelektual. Berhadapan dengan pelajar-pelajar Malaysia dan Singapura, beliau mengutarakan pandangannya betapa pentingnya intelektual dalam mengubah masyarakat. Beliau berpendirian bahawa bukanlah satu prasyarat seorang itu boleh menjadi intelektual hanya dengan berpendidikan tinggi. Malah, pendapat Usman konsisten dengan pandangan Allahyarham Profesor Syed Hussein Alatas dalam bukunya bertajuk Intelektual Masyarakat Membangun…










