IPOH 26 Jun – Perak meraih tiga mata di laman sendiri apabila mengalahkan Kelantan 1-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Perak di sini hari ini. Setelah buntu meledak gol pada babak pertama, Perak mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Leandro Dos Santos pada minit ke-70 setelah Gilmar dijatuhkan di dalam kawasan penalti. Kedudukan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat untuk Perak mengumpul 31 mata selepas 17 perlawanan dan kini di tangga kedua manakala Kelantan yang mengumpul 11 mata masih di tangga tercorot liga. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya