KOTA KINABALU 25 Jun – Seorang penunggang basikal maut dipercayai dirempuh sebuah kenderaan jenis Mazda dalam kejadian di Jalan Lintas berhampiran Taman Khidmat di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Jazlan Atah Abdullah, 59, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, susulan kemalangan tersebut penunggang basikal jenis PSX meninggal dunia namun, pemandu kereta terbabit iaitu seorang remaja lelaki berusia 24 tahun dilaporkan selamat. “Sebelum insiden, mangsa sedang menunggang basikalnya di kawasan kejadian sebelum dirempuh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya