Penguat kuasa PBT perlu sabar, tidak emosi - Utusan Malaysia

Penguat kuasa PBT perlu sabar, tidak emosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Semua pegawai dan anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dinasihatkan supaya bersabar dan tidak emosi ketika menjalankan pemantauan serta pemeriksaan lesen dan permit perniagaan.

ZURAIDA KAMARUDDIN
ZURAIDA KAMARUDDIN

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, mereka bertanggungjawab untuk memastikan setiap penguatkuasaan dilakukan secara berhemah tanpa perlu melibatkan pergaduhan hingga bertindak memukul peniaga.

Nasihat itu diberikan susulan satu klip video berdurasi 48 saat memaparkan pergaduhan antara anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan peniaga di Jalan Taiping, Klang tular dalam media sosial sejak kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah menghubungi Yang Dipertua MPK, Datuk Yasid Bidin dan beliau telah menjelaskan insiden yang berlaku sehari sebelum kejadian dan penguat kuasa telah memberi amaran, namun keesokannya iaitu Jumaat lalu, keadaan peniaga masih sama.

“Saya menasihatkan pegawai kerajaan tak kira di mana sahaja perlu ada kesabaran, tak perlu ada emosi sehingga pukul orang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Operasi Raya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini