Penggunaan tanah kereta api perlu melalui tender terbuka - Utusan Malaysia

Penggunaan tanah kereta api perlu melalui tender terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Jun – Sebarang pembangunan tanah milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mestilah melalui tender terbuka terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau mendapati kerajaan terdahulu telah memberi kelulusan secara berprinsip kepada pemaju-pemaju swasta untuk membangunkan tiga bidang tanah milik RAC yang terletak di Pudu, Batu Tiga dan Bangsar.

Katanya, segala kelulusan untuk memajukan tanah-tanah tersebut diberikan hasil rundingan secara terus dan bukannya menerusi tender terbuka.

Namun projek tersebut belum ada sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak pemaju swasta maka kelulusan itu akan dikaji balik dan semua pembangunan tanah mesti dibuat melalui tender terbuka.

Kita akan menggunakan prinsip tender terbuka, kita akan beri peluang kepada semua pemaju swasta bagaimana untuk membangunkan tanah dan mampu memberi pulangan yang besar kepada RAC supaya dana-dana tersebut bolehlah digunakan untuk perkhidmatan kereta api,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja serta perbincangan terperinci di pejabat Perbadanan Aset Keretapi di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN