Penggunaan ganja rekreasi dibenarkan di Kanada mulai 17 Oktober depan - Utusan Malaysia

Penggunaan ganja rekreasi dibenarkan di Kanada mulai 17 Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA – Kanada akan membenarkan penggunaan ganja secara rekreasi di seluruh negara mulai 17 Oktober depan, kata Perdana Menteri, Justin Trudeau semalam lapor agensi berita Xinhua.

“Sejak rang undang-undang mengenainya diluluskan Parlimen, pihak kami telah mempertimbangkan permintaan beberapa wilayah yang meminta lebih masa untuk melaksanakannya, jadi ia hanya akan mula dikuatkuasakan pada tarikh tersebut,” katanya pada satu sidang akhbar di sini. 

Senat Kanada meluluskan rang undang-undang membenarkan penggunaan ganja secara rekreasi semalam selepas lebih setahun dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dengan lulusnya undang-undang itu menjadikan Kanada negara kedua di dunia membenarkan pasaran ganja secara sah walaupun setiap wilayah sedang merangka peraturannya sendiri berhubung penjualannya. 

Ia selaras dengan janji kempen Trudeau untuk mengelakkan penggunaan ganja oleh pengguna bawah umur dan mengurangkan jenayah yang berkaitan.

Langkah itu juga dilihat membolehkan orang dewasa memiliki dan menggunakan sebilangan kecil ganja rekreasi.

Di bawah undang-undang tersebut ia merangkumi aspek pengeluaran, pemilikan, piawaian keselamatan, pengedaran dan penjualan.

Sehubungan itu, Kanun Kesalahan Jenayah yang baharu turut diwujudkan untuk penjualan kepada pengguna bawah umur dan adalah menjadi kesalahan kepada sesiapa yang di bawah umur 18 tahun membeli ganja.

Bagaimanapun, pentadbir wilayah diberi kebebasan untuk menetapkan umur minimum lebih tinggi. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN