KOTA KINABALU 26 Jun – Ketua Pemikir Sabah terkemuka, Datuk Badil Zaman Fazul Rahman meninggal dunia di Kuala Lumpur pada Ahad lalu akibat serangan strok pada usia 61 tahun. Jenazah beliau bagaimanapun diterbangkan ke Kota Kinabalu untuk dikebumikan di kampung halamannya di Membakut, Beaufort pada malam Ahad lepas. Beliau yang merupakan kontraktor serta ahli perniagaan import dan eksport yang berjaya meninggalkan isterinya, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.…










