PUTRAJAYA 11 Jun – Kerajaan telah mengambil langkah tegas dengan memberhentikan tugas Presiden Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER), Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin sebagai pengarah syarikat tersebut. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, langkah itu antara perkara yang diambil oleh pihaknya bagi menyiasat skandal melibatkan syarikat tersebut yang didakwa mempunyai hubungan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Langkah-langkah lain yang sudah diambil oleh pegawai-pegawai Kementerian Kewangan ialah membuat satu…










