Pemimpin PKR digesa beri penjelasan - Utusan Malaysia

Pemimpin PKR digesa beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Pucuk pimpinan PKR didesak memberi penjelasan berhubung pembatalan surat sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad yang telah dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Bekas Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail berkata, PKR disifatkan tidak berlaku adil dalam urusan pelantikan tersebut selepas mengetepikan surat sokongan daripada parti komponen Pakatan Harapan.

Malah katanya, apa yang mendukacitakan barisan kepemimpinan PKR tidak mempertahankan fitnah berhubung penyelewengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dikaitkan dengan Idris sehingga dilihat punca penolakannya sebagai calon Menteri Besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami bukannya menyanggah tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah melantik Menteri Besar baharu. Tetapi isu ini timbul dan dalam masa yang sama ada surat lain dikeluarkan sehingga mengatasi surat pencalonan Idris.

“Sekarang kita boleh lihat tindak-tanduk pemimpin PKR yang sewenang-wenangnya menolak keputusan parti lain dalam Pakatan Harapan. Ini tidak adil kepada beliau (Idris),” katanya dalam sidang akhbar di kediaman Idris, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini