Pemandu bas miliki saman tertunggak dihalang teruskan perjalanan - Utusan Malaysia

Pemandu bas miliki saman tertunggak dihalang teruskan perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 7 Jun – Pemandu bas ekspres yang dikesan mempunyai saman tertunggak tidak akan dibenarkan meneruskan perjalanan walaupun sedang membawa penumpang semasa musim perayaan Aidilfitri kali ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, arahan yang berkuat kuasa bermula esok sehingga 22 Jun depan turut melibatkan pemandu yang mempunyai rekod berkaitan dadah.

“Pihak yang terlibat perlu membayar saman terlebih dahulu sebelum dibenarkan beroperasi seperti biasa dan ini adalah peringatan kepada pemandu serta syarikat pengendali bas ekspres.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pemandu yang didapati mempunyai rekod jenayah dadah, pengendali syarikat bas ekspres terlibat perlu menukar pemandu lain jika mahu meneruskan perjalanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Rosli Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Seri Shahruddin Khalid; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Seri Mohmad Salleh serta Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Tan Sri Lee Lam Thye.

Siew Fook berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan menerusi kempen keselamatan jalan raya yang bertujuan mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian semasa hari raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini