Pele masih bimbang keupayaan Brazil dalam Piala Dunia 2018 - Utusan Malaysia

Pele masih bimbang keupayaan Brazil dalam Piala Dunia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO 7 Jun – Brazil mungkin telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali dan antara pilihan untuk menjuarainya di Rusia tahun ini namun pasukan dari Amerika Selatan itu masih belum mempunyai adunan kecemerlangan, kata legendanya Pele.

Brazil telah tewas sekali dalam 20 perlawanan sejak berada di bawah bimbingan jurulatih Tite yang telah membimbing pasukan lebih dua tahun lalu namun dia terpaksa kerap menukar pemain baru-baru ini dalam aksi persahabatan kerana masalah kecederaan.

“Saya sangat yakin dengan keupayaan Tite.

“Kerisauan saya adalah berkaitan satu perkara sahaja iaitu dalam beberapa hari menjelang Piala Dunia akan bermula kami masih belum mempunyai pasukan yang sebenarnya.

“Secara individu memang semua pemain hebat namun tidak sebagai pasukan,” kata Pele.

Ketika ini penyerang utama Brazil, Neymar mengalami kecederaan kaki pada Februari lalu dan pemain pertahanan Dani Alves digugurkan daripada skuad kerana kecederaan.

Sementara, Renato Augusto dan Douglas Costa mengalami kekejangan otot kaki yang menyebabkan mereka dikeluarkan ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Croatia pada Ahad lepas. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN