Pelantikan Zainol Padzi sebagai Penasihat MB dapat perkenan Sultan - Utusan Malaysia

Pelantikan Zainol Padzi sebagai Penasihat MB dapat perkenan Sultan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pelantikan bekas Exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai penasihat Menteri Besar mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, pelantikan itu juga dibuat hasil rundingan bersama pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 

“Pelantikan bukan atas kehendak saya seorang tetapi hasil rundingan dalam kalangan empat pengerusi parti komponen,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Duta dan Ketua Misi Diplomatik Kesatuan Eropah di Malaysia di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahmad Faizal yang juga Pengerusi PPBM Perak mengulas tindakan segelintir anggota parti itu yang membantah pelantikan Zainol Fadzi.  

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Zainol Fadzi yang bertanding atas tiket Barisan Nasional memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik, namun telah menyatakan sokongan kepada PH sehingga membolehkan gabungan itu mendapat mandat membentuk kerajaan negeri. 

Pada 14 Mei lalu, Zainol Fadzi secara rasmi menyertai PPBM selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Ahmad Faizal. 

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal mengakui dalam sesuatu pentadbiran tidak dapat dinafikan terdapat pihak yang tidak akan bersetuju dengan keputusan dibuat.

“Tapi yakinlah setiap keputusan kita lakukan untuk kepentingan parti, rakyat dan Perak sendiri,” katanya sambila menambah tiada keperluan untuk menukar keputusan pelantikan Zainol Fadzi. 

Menteri Besar Perak itu berkata, antara sebab pelantikan Zainol Fadzi adalah kerana sokongan beliau kepada PH yang membawa kepada mandat membentuk kerajaan negeri selain merupakan anggota PPBM.

“Dalam DUN Perak ada dua wakil PPBM, iaitu Zainol Fadzi dan saya (Chenderiang),” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini