Pelantik Zainol Fadzi sebagai Penasihat MB atas persetujuan bersama - Utusan Malaysia

Pelantik Zainol Fadzi sebagai Penasihat MB atas persetujuan bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 11 Jun – Keputusan melantik Datuk Zainol Fadzi Paharudin sebagai Penasihat kepada Menteri Besar dibuat atas persetujuan bersama empat pengerusi parti dalam Pakatan Harapan di negeri ini.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau tidak membuat keputusan mengenai kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik itu seorang diri sebaliknya keempat-empat parti telah bersetuju dengan pelantikan tersebut selain turut diperkenankan oleh Sultan Perak.

Katanya, semua perkara terutamanya yang melibatkan keputusan besar bukannya diputuskan oleh beliau semata-mata tetapi melibatkan kepimpinan Pakatan Harapan yang lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ingin tegaskan, di Perak segala keputusan besar dibuat secara konsensus bersama kepimpinan Pakatan Harapan.

“Oleh itu, pelantikan Zainol Fadzi ini dibuat bukan atas kehendak saya seorang diri tetapi keputusan konsensus bersama keempat-empat pengerusi parti dalam Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama 17 Duta dan Ketua Misi Diplomatik Kesatuan Eropah di Banjaran Hotsprings di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini