Pekerja swasta rugi RM35,000 gara-gara diperdaya individu menyamar polis - Utusan Malaysia

Pekerja swasta rugi RM35,000 gara-gara diperdaya individu menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Gara-gara takut dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram, seorang pekerja swasta terpaksa berputih mata setelah kehilangan RM38,000 setelah diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di Bentong semalam.

Ketua jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Yusof berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai seorang pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan mendakwa mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram menerusi sebuah syarikat.

“Mangsa kemudian menafikannya sebelum disambung kepada pegawai atasan yang lain. Dia kemudian diminta menyerahkan maklumat akaun peribadinya bagi tujuan siasatan.

Mangsa kemudian akur dan menyerahkan butiran dua akaun peribadinya dan sejam selepas itu, dia telah menerima mesej mengatakan telah berlaku transaksi pemindahan wang dari akaun miliknya ke pihak ketiga melibatkan jumlah RM35,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, katanya mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksium 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berikutan itu, Mohd. Wazir menasihati orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan sebarang panggilan yang diterima daripada pihak dikenali serta sewenang-wenangnya menyerahkan butiran peribadi untuk  mengelak daripada menjadi mangsa. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN