KUALA LUMPUR 11 Jun – UMNO bertegas meminta pihak luar terutama Pakatan Harapan jangan mencampuri atau cuba mempengaruhi proses pemilihan parti tersebut pada bulan ini, bertujuan melaga-lagakan mereka yang bertanding. Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO malah menganggap, kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung siapa yang layak menerajui UMNO disifatkan sebagai menjaga tepi kain orang sedangkan UMNO tidak pernah mencampuri atau mengulas mengenai parti komponen Pakatan Harapan.…










