VIENNA 11 Jun – Neymar yang disenaraikan buat kali pertama dalam kesebelasan utama Brazil sejak pulih daripada patah tulang tapak kaki Februari lalu jelas tidak menghampakan apabila membantu pasukannya menewaskan Austria 3-0 dalam aksi persahabatan terakhir mereka awal hari ini. Selain menyumbangkan satu gol solo yang cantik, penyerang berusia 26 tahun itu terlibat dalam dua lagi gol Brazil yang disumbang Gabriel Jesus dan Philippe Coutinho sebelum dikeluarkan pada minit ke-83…










