Mustapa harap akan ada wakil Kelantan dalam Kabinet PH - Utusan Malaysia

Mustapa harap akan ada wakil Kelantan dalam Kabinet PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap akan ada wakil Kelantan dalam Kabinet Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan bagi memastikan aspirasi rakyat negeri ini dapat dimajukan ke peringkat Pusat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, walaupun terdapat banyak saluran lain untuk mengutarakan pelbagai hal berkaitan negeri ini tetapi perwakilan secara langsung dalam Kabinet adalah penting dalam memastikan tindakan lebih pantas dapat diambil.

“Wakil ini penting kerana Kelantan seperti juga negeri lain mempunyai banyak isu seperti pendidikan, kesihatan, pembangunan, isu sempadan dan jenayah yang perlu dimajukan ke peringkat lebih tinggi,” katanya kepada pemberita di majlis jamuan hari raya bersama beliau di sini semalam.

Beliau berkata, secara realitinya sebelum ini, Kelantan masih mempunyai wakil Kabinet di peringkat Pusat walaupun Barisan Nasional ketika itu tidak memerintah Kelantan.

Jika benar dakwaan bahawa tiada wakil Kelantan dalam Kabinet kerajaan baharu seperti yang ditularkan ia adalah sesuatu yang mendukacitakan seluruh rakyat Kelantan, katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini