KUALA LUMPUR 22 Jun – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mustahil bagi perdana menteri sebelumnya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu berlaku transaksi dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwanya dalam wawancara baru-baru ini. Dr. Mahathir berkata, tandatangan Najib terdapat pada semua dokumen melibatkan perbadanan dana negara itu. “Siapa mahu percayakan beliau bahawa beliau tidak tahu apabila beliau menurunkan tandatangan (namanya)? Setiap wang yang masuk dan keluar…










