BANGKOK – Kedudukan ‘Monthong’ sebagai Raja Durian Thailand bakal dicabar oleh ‘Musang King’ selepas Raja Durian Malaysia itu menerima kebenaran pihak berkuasa negara itu untuk dibawa masuk dan dijual secara buah segar di Thailand. Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, kebenaran itu menjadikan Thailand pasaran eksport terbaharu bagi durian Musang King negara. “Kalau orang tidak pernah rasa Musang King, mereka kata Monthong adalah terbaik, tetapi…










