MPPD, Glory Beach Resort 
edar 1,000 bubur lambuk - Utusan Malaysia

MPPD, Glory Beach Resort 
edar 1,000 bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 7 Jun – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan kerjasama Hotel Glory Beach Resort di sini baru-baru ini mengagihkan kira-kira 1,000 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai.

Yang Dipertua MPPD, Zamri Mat Kasim berkata, agihan yang dilakukan di hadapan bangunan MPPD itu bertujuan mewujudkan semangat muhibah dalam kalangan warga kerja MPPD, pihak hotel dan masyarakat setempat.

“Program tanggungjawab sosial korporat ini bukanlah kali pertama dianjurkan, malah saban tahun aktiviti ini dijalankan bagi merebut fadilat bulan Ra­madan supaya bersedekah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam masa yang sama, program dapat merapatkan ukhwah sesama umat selain tanda ingatan dan menghargai hubungan baik antara agensi kerajaan, swasta dan orang ramai,” katanya.
Yang turut hadir Pengurus Glory Beach Resort, P. Subramaniam.

Bubur lambuk tersebut dimasak oleh cef berpengalaman dari hotel itu dan diedarkan bersama warga MPPD dan kakitangan Glory Beach Resort.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini