MPP Unisza merentasi bumi Turki - Utusan Malaysia

MPP Unisza merentasi bumi Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERKENAL sebagai jolokan negara yang kaya dengan sejarah dan tamadunnya, Turki telah menjadi destinasi pilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Sesi 2016/2017 bagi melaksanakan program pengantarabangsaan mereka selama 11 hari.

Pengarah Program, Muhammad Ammar Rafiq Ruslan berkata, selain mendekati dan memahami budaya masyarakat di sana, peserta turut menjalinkan hubungan antarabangsa menerusi lawatan akademik di Universiti Marmara dan Universiti Istanbul.

“Alhamdulillah, kami bersama 25 pelajar lain serta tiga pegawai turut melawat pelarian Syria di sekitar bandar dan berkunjung ke Yayasan Pelarian Syria di Istanbul iaitu sebuah badan amal yang membantu para pelarian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kunjungan kami ke situ adalah untuk membawa hasrat Unisza yang telah menyumbang dana sebanyak RM4,000 kepada pelarian Syria di Turki menerusi Program 1 Mahasiswa 1 Ringgit,” katanya.

Muhammad Ammar berkata, peserta juga telah mempamerkan pelbagai seni kebudayaan negara menerusi tarian, silat dan peragaan pakaian tradisional kepelbagaian kaum di Malaysia.

Katanya, jelajah ini turut mengunjungi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Biru, Muzium Hagia Sophia, Atartutk Pavillion, Masjid Sulaymaniye dan banyak lagi kawasan yang terkenal dengan keindahan landskap dan kekayaan sejarahnya.

“Walaupun banyak bangunan yang sudah berusia lebih 100 tahun tapi seni binanya tetap teguh membuatkan kami begitu kagum dengan kehebatan arkitek nya.” katanya.

Sementara itu, peserta program, Nur Iziatul Athirah M. Daud berkata, beliau bersyukur kerana program ini sebagai berjaya mencapai objektifnya kerana persiapan sebelum dan semasa program adalah digerakkan mereka sendiri termasuk mencari penajaan.

“Alhamdulillah usaha kami dalam mencari dana dan berhasil sekali gus dapat berpeluang untuk berkongsi kekayaan tradisional negara di peringkat antarabangsa

“Pendedahan di peringkat antarabangsa ini merupakan sesuatu yang sangat berharga termasuklah pengalaman dalam menguruskan program iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas program” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini