PUTRAJAYA – Datuk Dr. Mohd. Gazali Abas dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan bermula hari ini. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Mohd. Ghazali sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan adalah berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun. “Saya percaya dengan pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki beliau akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan misi Kementerian Pendidikan…










