Konflik Asia Barat beri kesan kepada sektor industri di Pulau Pinang? - Utusan Malaysia

Konflik Asia Barat beri kesan kepada sektor industri di Pulau Pinang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Konflik yang sedang berlaku di Asia Barat ketika ini berpotensi memberi kesan kepada sektor industri di Pulau Pinang khususnya dari segi gangguan rantaian bekalan, logistik serta peningkatan kos tenaga sekiranya krisis tersebut berlarutan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pada peringkat awal ketika ini, kerajaan negeri dan pemain industri masih memantau perkembangan situasi berkenaan memandangkan konflik tersebut baru berlaku kira-kira seminggu lalu.

Menurut beliau, antara kesan yang dijangka berlaku termasuk gangguan kepada laluan logistik antarabangsa, peningkatan harga minyak dan tenaga serta kenaikan kos pengeluaran bagi sektor pembuatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada peringkat ini, semua pihak beri perhatian terhadap kemungkinan berlakunya gangguan kepada logistik, rantaian bekalan serta harga tenaga seperti minyak yang akhirnya memberi kesan kepada kos pengeluaran.

“Jika konflik ini dapat dihentikan dalam tempoh terdekat, maka impaknya mungkin dapat diminimumkan. Namun jika berlarutan, kesannya akan menjadi lebih besar,” katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Program AI untuk Pembuatan (AIMP) dan AI Sandbox di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, sehubungan itu, sektor industri khususnya pengilang perlu membuat perancangan jangka pendek dan sederhana bagi menghadapi sebarang kemungkinan gangguan terhadap operasi mereka.

Katanya, gangguan laluan perkapalan antarabangsa juga boleh menjejaskan jadual penghantaran barangan ke pasaran tertentu sekali gus memberi kesan kepada pengeluar.

“Sebagai contoh, ada kapal yang dalam perjalanan ke Asia Barat dari Pelabuhan Klang dilaporkan terpaksa berpatah balik kerana tidak dapat melalui laluan tertentu. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada pengeluar yang menghantar barangan ke destinasi berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini