Waris Allahyarham Zulharisam terima pencen penakat

Waris Allahyarham Zulharisam terima pencen penakat

FARIHAH Che Hussin (enam dari kanan) menyampaikan faedah pencen penakat kepada Nik Noratiza Nik Abd Azi (empat dari kiri)  di Kampung Baru Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Waris legenda bola sepak Terengganu, Allahyarham Zulharisam Awang menerima faedah pencen penakat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hasil caruman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2008.

Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Hussin berkata, waris Allahyarham iaitu isterinya, Nik Noratiza Nik Abd Aziz, 47, layak menerima manfaat tersebut.

Menurutnya, selain menerima Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000 secara sekali bayar, waris  layak menerima pencen penakat bulanan sebanyak RM764.58.

“Sekurang-kurangnya pencen penakat ini dapat membantu meringankan beban waris selepas kehilangan ketua keluarga. Tiga anak Allahyarham yang kini berusia antara 12 tahun hingga 19 tahun juga terus menerima bantuan sehingga mereka mampu berdikari selepas menamatkan pengajian ijazah pertama,” katanya pada Majlis Penyampaian Faedah PERKESO Kampung Baru Gong Badak di sini.

Allahyarham Zulharisam, 51, meninggal dunia akibat kanser hati dan usus pada 5 Februari lalu.

Ketika hayatnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pembantu Khidmat Am di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selain menjadi jurulatih Skuad Liga IPT universiti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN