BEIRUT – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengadakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya di negara ini, Yacoub Riad Al Sarraf di bangunan Kementerian Pertahanan Lebanon di sini kelmarin.
Kunjungan tersebut diadakan dalam rangka lawatan kerja rasmi kali pertama selama lima hari bermula Rabu lalu ke negara itu sempena pertemuan dengan pasukan pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) dan majlis penyerahan kenderaan Armoured Personnal Carrier (APC) Guardian kepada pasukan tersebut.
Mohamad turut diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Junaidah Kamarrudin, Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Mohd. Reza Mohd. Sany.
Delegasi Menteri Pertahanan tersebut turut melawat Duta Besar Malaysia ke Lebanon, Mohd. Aznor Mahat di kediamannya.











