RUMAH terbuka semakin popular dan sudah menjadi rutin bagi masyarakat di negara kita. Selain daripada rumah terbuka di peringkat nasional, individu yang berkemampuan mengadakan rumah terbuka untuk meraikan rakan-rakan, sanak-saudara dan jiran-jiran. Buat masa ini rumah terbuka bukan hanya diadakan di kawasan-kawasan bandar, malah di kampung-kampung pun sudah ada yang mengadakan rumah terbuka kerana mereka memahami kepentingan dan kelebihan mengadakan majlis tersebut. Bulan Syawal yang berbaki masih lama lagi ini…










