PUTRAJAYA 29 Jun – Lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tun Hanif Omar menyerahkan Memorandum Mendaulatkan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia kepada wakil Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Memorandum itu diterima oleh Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, Suhaili Ahmad. Terdahulu, Hanif bersama tokoh-tokoh terkemuka negara, ahli-ahli, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), MPM serta NGO-NGO lain mengadakan bantahan terhadap…










