Manfaat rakyat lebih penting dari hapuskan legasi saya - Najib - Utusan Malaysia

Manfaat rakyat lebih penting dari hapuskan legasi saya – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak peduli sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk memadamkan segala legasi yang ditinggalkan beliau sepanjang sembilan tahun menjawat jawatan Perdana Menteri.

Menurut Najib, adalah menjadi hak kerajaan untuk memadamkan legasi beliau atau menghukum negeri pembangkang diterajui Barisan Nasional dengan membatalkan sebarang projek di bawah pentadbirannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun Najib menggesa kerajaan menggunakan cara yang betul, telus dan penelitian terperinci dengan mendapatkan pendapat rakyat sebelum membatakan projek yang mendatangkan manfaat kepada mereka.

“Saya tidak kisah jika kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk memadamkan segala legasi ditinggalkan sepanjang sembilan tahun saya sebagai Perdana Menteri.

“Kerajaan perlu lebih telus dan lebih bertimbang rasa apabila mereka mula membatalkan pelbagai projek atau inisiatif yang dimulakan untuk manfaat rakyat dan negara. Hanya kerana mahu memadamkan legasi saya atau mempunyai persepsi ia dimulakan oleh saya, lantas ia perlu dihenti atau dipadamkan,” kata Najib.

Najib berkata, demikian dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Menurut Najib, dalam tempoh tiga minggu kerajaan telah membatalkan beberapa projek yang bermanfaat kepada rakyat termasuk projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura, ECRL dan MRT3.

“Adakah ini satu kesinambungan daripada amalan menghukum negeri pembangkang sebagaimana dilakukan Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun apabila Kelantan dinafikan kemudahan asas rakyat seperti lebuhraya, jalan raya, bekalan air dan pembangunan infrastruktur pembentungan?

“Ketika saya sebagai Perdana Menteri, saya telah memastikan kesemua negeri, tidak kira negeri di bawah pembangkang sekalipun, menerima pembangunan infrastruktur asas untuk manfaat rakyat,” kata Najib.

Najib turut menggesa kerajaan untuk mendedahkan laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan bagi kesemua projek manfaat rakyat untuk diakses rakyat.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini