Majlis angkat sumpah Exco Perlis Rabu ini - Utusan Malaysia

Majlis angkat sumpah Exco Perlis Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 11 Jun – Majlis angkat sumpah pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) negeri ini akan berlangsung di Istana Arau, pada Rabu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan berkata, majlis tersebut dijadualkan berlangsung kira-kira pukul 10 pagi dengan surat jemputan sudah dihantar kepada pihak terbabit. 

Exco Perlis
Datuk Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man telah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail baru-baru ini bagi mendapat perkenan baginda mengenai senarai calon yang dipilih untuk mengisi jawatan Exco tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mengikut Undang-undang Tubuh Negeri , Menteri Besar boleh melantik sekurang-kurangnya empat hingga 10 Exco.

“Pada masa ini, saya tidak tahu Menteri Besar akan memilih siapa dan berapa orang yang akan dilantik sebagai Exco. Rabu ini kita akan tahu siapa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, kemelut Menteri Besar yang berlarutan hampir sebulan selesai selepas kesemua sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN sebulat suara menyatakan sokongan terhadap Azlan sebagai Menteri Besar seperti mana diperkenankan oleh Tuanku Syed Sirajuddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini