Lelaki pecah masuk rumah, curi barang kemas dijel 5 bulan - Utusan Malaysia

Lelaki pecah masuk rumah, curi barang kemas dijel 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Seorang penganggur dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah kerana memecah masuk ke sebuah rumah dan mencuri pelbagai barangan termasuk barangan kemas dan beg sekolah.

Majistret Zuhair Rosli turut memerintahkan Ahmad Zaid Zainal, 24, untuk menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap, semalam.

Lelaki itu didakwa telah melakukan pecah rumah dan mencuri rantai emas, gelang tangan emas, wang tunai dan beg sekolah keseluruhan bernilai RM20,250 di sebuah rumah di Lorong Keramat 8, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara pukul 8 pagi dan 8.30 malam, 9 Februari 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda dan jika kesalahan mencuri, boleh dipenjara sehingga 14 tahun manakala bagi kesalahan kedua dan berturut-turut, boleh juga dikenakan sebatan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN