MUKAH – Malang menimpa seorang lelaki apabila dia maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 103, Jalan Sibu-Bintulu dekat sini petang semalam. Kejadian kira-kira pukul 6.38 petang itu, menyebabkan mangsa, Imban Mangat, 42, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dikatakan…










