Lelaki mahu berenang dari Jepun ke AS - Utusan Malaysia

Lelaki mahu berenang dari Jepun ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Seorang lelaki warganegara Perancis akan memulakan cabaran berenang secara solo sejauh 8,851 kilometer dari pelabuhan Choshi di sini ke San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ini.

Ben Lecomte, 51, akan memulakan renangan epik itu yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya lebih enam bulan dengan pelbagai cabaran seperti ombak besar dan serangan jerung.

Lecoeomte akan diiringi lapan anggota pasukan sokongan yang turut akan melakukan penyelidikan marin bagi meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran laut dan plastik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akan berenang lapan jam sehari dan selebihnya saya akan berehat, tidur dan makan di atas bot pasukan sokongan itu, Discoverer,” katanya yang akan memakai sut renang dilengkapi dengan sirip.

Dia yang pernah merentasi Lautan Atlantik secara solo pada tahun 1998 pernah berjanji pada diri sendiri bahawa dia tidak akan melakukan sebarang renangan selepas memiliki keluarga. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini