Laluan MRR2 dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Laluan MRR2 dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Pengguna jalan raya di sekitar Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang dekat sini terpaksa mengharungi kesesakan lebih lima kilometer akibat banjir kilat berikutan hujan lebat, hari ini.

Banjir yang berlaku berikutan hujan lebat kira-kira pukul 3 petang tadi menyebabkan beberapa lokasi sepanjang laluan tersebut ditenggelami air.

Difahamkan antara lokasi terlibat iaitu kawasan sekitar Zoo Negara, Kampung Pasir dan Ukay Perdana. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN