KOTA BHARU 13 Jun. – Cadangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengkaji semula waktu bekerja dalam kalangan doktor yang menjangkau sehingga lebih 30 jam tepat pada masanya. Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Shiekh Ahmad Dasuki Shiekh Mohamed berkata, langkah tersebut juga dilihat mampu meredakan tekanan dan beban tugas yang terpaksa ditanggung oleh doktor sebelum ini. Menurutnya, POKB juga berharap kerajaan dapat menyemak semula skim gaji pegawai perubatan bagi…










