PESHWAR 23 Jun – Kumpulan Taliban mengumumkan pelantikan pemimpin baharu selepas mengesahkan buat pertama kalinya bekas ketuanya, Maulana Fazlullah terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat minggu lalu.
Jurucakap Tehrik-e-Taliban Pakistan atau TTP, Mohammad Khurasani dalam satu kenyataan kepada AFP mengesahkan kematian itu.
“Majlis syura kumpulan memilih Mufti Noor Wali Mehsud untuk menggantikannya,” katanya. -AFP










