Kuarters diserbu JSJK - Utusan Malaysia

Kuarters diserbu JSJK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 11 Jun – Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bu­kit Aman melakukan ser­buan ke atas sebuah kuarters kerajaan di Presint 10 yang dipercayai berkaitan siasatan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anggota polis itu turut dilihat mengangkat beberapa kotak dari kediaman itu yang dikatakan me­ngandungi barangan milik Najib.

Turut kelihatan empat kende­raan polis dan satu van Nissan ber­ada di hadapan kediaman terbabit bersama beberapa anggota polis berpakaian preman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka dikatakan berada di lokasi terbabit sejak awal tengah hari.

Menurut sumber, beliau melihat polis berada di lokasi terbabit sejak beberapa hari lalu.

‘‘Rumah kosong ini merupakan kediaman kuarters di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri,’’ katanya.

Sementara itu, pasukan JSJK sama dikatakan turut menyer­bu satu lagi rumah kuarters di Presint 11 pukul 3 petang ini, bagaimanapun perkara itu belum disahkan oleh pihak terlibat.

JSJK sebelum ini telah menyer­bu kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta dan beberapa kondominium mewah di Pavilion Residences di ibu negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini