Korea Utara masih membangunkan tapak nuklear - Utusan Malaysia

Korea Utara masih membangunkan tapak nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL 27 Jun – Korea Utara dilaporkan sedang menjalankan penambahbaikan yang pesat terhadap kemudahan penyelidikan nuklearnya, menurut pemantau hari ini.

Menurut imej satelit yang dikeluarkan baru-baru ini oleh laman web 38 North, menunjukkan bahawa bukan sahaja operasi diteruskan di tapak nuklear utama Yangbyon, malah Korea Utara juga menjalankan kerja-kerja infrastruktur.

“Imej satelit komersial pada 21 Jun lalu menunjukkan berlakunya kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di Pusat Penyelidikan Nuklear Yangbyon,” kata laman web berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun ujar laman web terbabit, operasi yang diteruskan di tapak tersebut ‘tidak boleh dilihat mempunyai sebarang kaitan dengan janji pelucutan senjata yang dibuat oleh Korea Utara ketika sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat baru-baru ini’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini