KUALA LUMPUR 21 Jun – Senator Khairul Azwan Harun akan menyumbang separuh daripada gaji beliau sebagai Ahli Dewan Negara kepada Pergerakan Pemuda UMNO sekiranya dipilih menjadi ketua sayap itu pada pemilihan parti kali ini. Khairul Azwan yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO memberitahu, sumbangan itu merupakan komitmen peribadi beliau kepada sayap parti tersebut jika dipilih mengemudi pergerakan pemuda. “Saya ingin memaklumkan, saya akan menyumbang 50 peratus gaji saya sebagai Senator…










