Ketua UMNO Bahagian Setiu bakal berubah - Utusan Malaysia

Ketua UMNO Bahagian Setiu bakal berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU 19 Jun- Setelah hampir dua dekad, teraju kepemimpinan UMNO Bahagian Setiu bakal berubah dalam pemilihan kali ini.

Mohd Zaimi Abdul Ghafar
Mohd Zaimi Abdul Ghafar

Keputusan Datuk Mohd Jidin Shafee untuk tidak lagi mempertahankan jawatan itu setelah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen, membuka ruang untuk itu.

Kali ini, Timbalan Ketua UMNO bahagian, Datuk Sabri Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap menawarkan diri.

Selain beliau, turut menawarkan diri ialah seorang guru yang juga bekas Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian, Mohd Zaimi Ghafar.

Mohd Zaimi,51, ketika mengesahkannya berkata, keputusannya itu berasaskan sinario politik semasa yang menuntut imej baharu bagi parti agar dapat mengembalikan semula keyakinan semula masyarakat.

“Ini seiring dengan keputusan yang diperlihatkan oleh masyarakat dalam PRU-14 yang jelas mahukan perubahan termasuk dalam pendekatan memilih pemimpin.

“Saya menawarkan diri memimpin bagi membantu mengukuhkan semula parti, mengikis imej yang tercalar.

“Selain berkhidmat, sebagai saya tak upaya tawarkan apa- apa untuk menyakinkan ahli menyokong dan memilih saya dalam mencorak UMNO bahagian yang baharu,”ujarnya.

Sementara itu, Utusan Online difaham bagi jawatan Timbalan Ketua bahagian dan Naib Ketua bahagian tiada pertandingan.

Sabri Mohd Nor
Sabri Mohd Nor

Calon tunggal yang menawarkan diri bertanding Timbalan Ketua UMNO bahagian ialah Naib Ketua UMNO bahagian, Bazlan Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit.

Calon tunggal bagi jawatan Naib Ketua UMNO bahagian ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN