Kerajaan PH tidak 'buang' pelan tindakan masyarakat India - Utusan Malaysia

Kerajaan PH tidak ‘buang’ pelan tindakan masyarakat India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan memperhalusi Pelan Tindakan Masyarakat India yang diperkenalkan kerajaan terdahulu bagi memastikan kesejahteraan kaum India khususnya golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, kerajaan akan meneliti semula dan membuat penambahbaikan pelan tersebut supaya golongan sasaran iaitu kumpulan B40 menerima manfaat secara keseluruhannya.

“Tidak kisah siapa mengilhamkan idea ini sama ada oleh MIC atau UMNO. Kandungan yang terbaik dalam pelan itu akan diguna pakai untuk memperkasakan golongan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Keusahawanan Masyarakat India 2018 di sini hari ini.

Pelan Tindakan Masyarakat India dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April 2017 sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan kaum India bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Di bawah pelan itu, sebanyak RM500 juta turut diperuntukkan bagi skim dana saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) khusus untuk memupuk tabiat menabung bagi kaum India dalam golongan B40 itu. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN