Kerajaan PH peruntuk RM3 bilion tanggung subsidi petrol, diesel - Utusan Malaysia

Kerajaan PH peruntuk RM3 bilion tanggung subsidi petrol, diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperuntukkan RM3 billion sehingga hujung tahun ini untuk menanggung subsidi pengekalan harga runcit petrol dan diesel.

Menteri Kewangan, Lim Gun Eng berkata, ini bermakna tanpa subsidi minyak yang dijanjikan dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum (PRU14), harga

RON95 dan diesel akan meningkat kepada RM2.53 dan RM2.51 masing-masing seliter.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan telah menetapkan bahawa harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter, dan RM2.18 seliter.

“Mulai hari ini, harga RON97 akan mula diapungkan pada harga RM2.66 seliter sehingga 13 Jun 2018, dan akan diselaras setiap minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, berdasarkan kepada harga purata mingguan minyak mentah dunia yang kini telah mencecah $AS76 setong dan harga produk-produk petrol dan diesel yang ditapis di antara $AS87 hingga AS$88 setong.

Oleh itu, katanya, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 33 sen seliter bagi produk RON95 dan diesel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini